DARI MAHKAMAH
Lelaki dijel 12 bulan sebab ekori, ugut sebar gambar bogel remaja
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
SEORANG pengganggur yang mengekori seorang remaja perempuan selama setahun dan mengugut menyebarkan gambar bahagian sulit mangsa dijatuhi hukuman penjara 12 bulan semalam.
Lelaki itu, Lai Zhi Heng, 26 tahun, menjadi pesalah pertama yang disabitkan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (Poha).