Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 18 minggu kerana kejam terhadap kucing

Mar 13, 2017 | 02:12 PM



SEORANG lelaki berusia 25 tahun mencampak seekor kucing dari tingkat 10 sebuah blok HDB dan apabila mendapati binatang itu masih hidup, menghempasnnya di lantai dua kali untuk memastikan ia mati.



Pada Isnin (13 Mac), Fajar Ashraf Fajar Ali, seorang penyelia dalam industri makanan dan minuman, dihukum penjara 18 minggu bagi dua tuduhan kekejaman terhadap haiwan.



Dia melakukan perbuatan itu di tingkat 10 dan kolong Blok 884 Tampines Street 83 pada 26 Mei tahun lepas.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Soh Weiqi berkata pada 1.07 pagi hari itu, Ashraf meninggalkan rumah bagi mencari kucing untuk bermain.



Kira-kira setengah jam kemudian, dia melihat seekor kucing betina di blok sebelah dan menjebaknya ke dalam lif dengan makanan kucing.



Ashraf menaiki lif ke tingkat ke-10 dan bermain dengan kucing tersebut di pelantar tangga.



Apabila kucing itu cuba melarikan diri, dia menjebaknya semula dengan lebih banyak makanan.



Dia kemudian mengangkat kucing itu dan mencampaknya ke bawah.



Selepas itu, dia pergi ke kolong blok untuk memeriksa apakah ia masih hidup. Apabila mendapati haiwan itu masih hidup, Ashraf menhempaskannya di lantai dua kali. Dia meninggalkan tempat itu selepas memastikan kucing tersebut mati.



Ashraf berkata dia melakukan pelbagai tindakan itu kerana marah kucing tersebut tidak mahu datang kepadanya.



Dia ditangkap lima hari kemudian.



Peguamnya, Encik Amarjit Singh Sidhu, berkata anak guamnya amat menyesali perbuatannya.



Pihak pendakwaan meminta Ashraf, yang didapati tidak sesuai bagi perintah rawatan mandatori, dihukum penjara lima bulan.



Ashraf boleh dihukum denda hingga $15,000 dan/atau penjara hingga 18 bulan bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >