Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 20 tahun kerana rogol anak saudara remaja

Oct 27, 2015 | 01:26 PM



SEORANG pengendali gerai kantin sekolah berusia 54 tahun yang merogol anak saudaranya tiga tahun lalu, dipenjara 20 tahun pada Isnin (26 Okt).


Lelaki yang tidak boleh dinamakan itu demi melindungi identiti anak saudaranya, yang kini 17 tahun, mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan rogol, dua tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan mencabul kehormatan.


Tiga lagi pertuduhan rogol, mencabul kehormatan dan menghina kehormatan seorang wanita diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Penderaan seksual remaja wanita itu berlaku dari 2010 hingga Disember 2012.


Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pada 20 Disember 2012, sedang isterinya tidur di bilik tidur utama flat mereka, lelaki tersebut pergi ke anak saudaranya, berumur 14 tahun ketika itu, di ruang tamu.


Dia menurunkan seluar pendeknya dan memaksa anak saudaranya melakukan perbuatan seksual ke atasnya sebelum merogolnya.


Apabila mendapati isterinya masih tidur, dia merogol anak saudaranya sekali lagi.


Tidak lama selepas itu, anak saudaranya cuba membunuh diri dengan dengan meminum campuran air, bahan peluntur dan serbuk sabun.


Apabila gadis itu mula muntah teruk, lelaki tersebut menegah isterinya daripada menghantarnya ke hospital, dengan mengatakan ia akan membawa kepada laporan polis.


Sebaliknya, isterinya membawa gadis itu ke sebuah klinik swasta dan, seperti yang diarahkan lelaki suaminya, tidak memberitahu doktor apa yang beliau minum.


Beberapa hari kemudian, isteri lelaki itu mengetahui apa terjadi dan menawarkan gadis tersebut $50.


Tindakan lelaki itu terbongkar apabila gadis tersebut ditanya tentang ketidakhadirannya di sekolah pada Januari 2013. Beliau memberitahu kaunselor sekolah dan laporan polis dibuat.


Kali pertama lelaki itu menganiayai anak saudaranya ialah apabila dia memperkosanya ketika beliau berusia 12 tahun. Pada 2012, dia mencabul remaja itu dengan memicit buah dadanya dan menyentuh punggungnya.


Lelaki itu tidak dikenakan hukuman sebat disebabkan umurnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >