SEORANG penganggur yang menetak seorang pemandu teksi dengan parang semalam dijatuhi hukuman penjara 22 bulan dan rotan tiga kali.
Goh Tong Chin, 22 tahun, yang menghadapi enam pertuduhan, mengaku menetak jari telunjuk kanan, bibir dan dahi Encik Sazali Abdullah, 58 tahun, berhampiran Lim Chu Kang Chinese Cemetery Path 11 kira-kira 1 pagi pada 14 Mei lalu.