Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 3 tahun palsukan IC bagi pinjaman hartanah

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki, Huang Jianwen, kini 33 tahun, bertemu Khor Choon Kiat, 25 tahun, pada 2019, yang memintanya memalsukan kad pengenalan dengan bayaran $2,000 bagi setiap kad.



Khor adalah sebahagian kumpulan penipu yang mempunyai hubung kait dengan konspirasi yang mencuba tetapi gagal memperdaya sebuah syarikat Ethoz Capital untuk memberikan pinjaman lebih $1 juta.



Semalam, Huang yang bukan anggota kumpulan itu dihukum penjara tiga tahun selepas dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan pemalsuan.



Khor dan temanitanya ketika itu, Foo Wei Lee, 48 tahun, yang terlibat dalam kes penipuan ini telah dihadapkan ke mahkamah sebelum ini.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Pei Wei berkata dua lelaki Singapura itu saling mengenali pada 2017.



Sekitar Julai 2019, Khor dan rakan sejenayahnya terlibat dalam tipu muslihat bagi memperdaya Ethoz Capital. Rancangan mereka adalah bagi menyamar sebagai pemilik sebuah unit kondominium dan mengirimkan borang penipuan itu kepada firma tersebut bagi mendapatkan pinjaman tanpa pengetahuan si pemilik.



Pemilik unit kondominium itu, sepasang suami isteri tidak terlibat dalam penipuan itu.



Kata DPP Tan:



"Bagi melaksanakan skim ini, dokumen pengenalan palsu diperlukan. Khor meminta yang tertuduh agar menghasilkan kad pengenalan fizikal dengan nama pasangan itu serta nombor pengenalan mereka.



"Khor menawarkan untuk membayarnya $2,000 bagi setiap kad pengenalan dan yang tertuduh bersetuju berbuat demikian."



Huang diberi $500 bagi membeli bahan untuk menghasilkan kad pengenalan palsu itu.



Antara Julai dengan Oktober 2019, Khor meminta Huang memalsukan tiga lagi kad pengenalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >