Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 4 minggu kerana cabul kehormatan, punya filem tak ditapis

Nov 28, 2016 | 02:43 PM



SEORANG bekas askar dipenjara empat minggu pada Isnin (28 Nov) kerana mengambil video dalam skirt beberapa wanita.



Teo Kok Peng, 30 tahun, juga didenda $3,200 kerana mempunyai 32 filem tidak ditapis di rumahnya di Bukit Batok East Avenue 5.



Dia berpangkat pakar ketenteraan semasa melakukan tujuh kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita antara September 2013 dan 16 Mei 2014 dan mempunyai filem tidak ditapis pada 17 Mei 2014.



Dia mengaku terhadap tiga tuduhan, sementara yang lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa Teo, yang ketika itu sedang belajar bagi satu peperiksaan di Universiti SIM, meninggalkan rumah temanitanya di Hougang untuk pulang ke rumah pada malam 16 Mei 2014.



Apabila tiba di stesen MRT Serangoon, dia turun untuk menukar laluan dan ternampak seorang wanita memakai pakaian putih.



Teo mahu mengambil video dalam skirt wanita itu lalu dia menghidupkan mod video telefon bimbitnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tang Shangjun berkata Teo cuba memegang telefonnya secara selamat bersama tablet iPad, dan perlahan-lahan meletaknya di bawah skirt wanita itu.



Dia mencabul kehormatan beliau dan dapat mengambil video digital dalam skirt wanita itu.



Teo terus mengekorinya dari pintu kereta api ke eskalator sebelum berhenti rakaman.



Dia kemudian menaiki kereta api Laluan Circle dari Serangoon ke stesen Buona Vista.



Dalam kereta api itu, dia ternampak seorang lagi wanita dan melakukan perkara sama.



Teo ditangkap oleh orang awam apabila dia cuba mengulangi perbuatan itu kali ketiga di stesen Buona Vista. Dia ditahan dan melawan tetapi akhirnya dapat ditundukkan dan dibawa ke bilik kawalan MRT.



Polis kemudian dipanggil.



Mahkamah meminta laporan kesesuaian Perintah Rawatan Wajib, tetapi Teo didapati tidak sesuai bagi pilihan hukuman masyarakat.



DPP Tang membantah laporan perintah itu, dan, sebaliknya, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima hingga enam minggu bagi setiap tuduhan di bawah Kanun Keseksaan.



Peguam Teo, Encik Laurence Goh, berkata dalam mitigasi bahawa anak guamnya mengalami tekanan daripada peperiksaannya.



Beliau berkata Teo cuba membunuh diri pada Oktober 2014 kerana kesalahan itu dan kemurungan.



Encik Goh juga berkata Teo telah menerima rawatan ekzema dan rawatan psikiatri pesakit luar di Institut Kesihatan Mental, antara lain bagi penyakit intai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >