Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 5 tahun miliki wang palsu, menggunakannya beli minuman

Mar 22, 2017 | 07:44 AM



SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana memalsukan wang $50, memiliki dan menggunakannya dan mempunyai peralatan dan bahan-bahan bagi membuat wang palsu.



Uthya Kumaran Thangaiyan, 53 tahun, mengaku bersalah pada Isnin (20 Mac) atas lima daripada 10 tuduhan - dua pemalsuan, menggunakan wang palsu $50 itu membayar minuman $1.80, mempunyai 20 wang kertas palsu, dan mempunyai instrumen dan bahan-bahan bagi menghasilkannya.



Secara keseluruhan, dia palsu 24 wang kertas $50 di rumahnya di Blok 651, Hougang Avenue 8, dan menggunakannya empat kali di Cheers dan McDonald's di Hougang Street 91.



Mahkamah diberitahu bahawa pada Mei tahun lalu, dia membeli pencetak warna Canon dengan niat membuat fotokopi wang $50, dan merancang menukarnya di kedai makanan segera dan kedai runcit.



Dia membuat salinan depan dan belakang wang $50 pada kertas A4 menggunakan pencetak warna itu dan kemudian memotongnya mengikut saiz. Dia menggunakan pewarna cucuk perak untuk mewarnakan kinegram di bahagian depan wang palsu itu dan pen enamel perak menandakan benang keselamatan tegak di belakang nota.



Dia juga menggunakan 'highlighters', pen cat air dan pensel warna untuk mencerahkan warna dan meningkatkan imej wang palsu itu supaya kelihatan seperti betul.



Sekitar Mei lalu, selepas memalsukannya, dia ke Cheers pada 25 Mei dan menggunakan wang palsu itu dan membayar $1.80 untuk dua minuman. Dia menerima baki pulangan daripada juruwang, yang hanya mengesan wang palsu itu pada hari berikutnya.



Beliau melaporkan kepada pihak polis dan Uthya Kumaran ditangkap. Dia didapati mempunyai 20 keping wang palsu $50.



Polis menggeledah rumahnya dan mendapati pencetak fotokopi Canon, timbunan kertas A4 dan barangan lain yang digunakan untuk menghasilkan wang palsu itu.



Dia telah membayar semula $50 kepada Cheers.



Hukuman ditunda sehingga 17 April. Dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda ke atas setiap pertuduhan, kecuali tuduhan memiliki mata wang palsu yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >