Lelaki dijel 7 minggu kerana guna maklumat rakan kerja bagi dapatkan 7 pelitup percuma, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lelaki dijel 7 minggu kerana guna maklumat rakan kerja bagi dapatkan 7 pelitup percuma

Jun 25, 2021 | 04:36 PM

SEORANG juruukur laut mendapatkan maklumat peribadi tujuh rakan sekerjanya dalam penularan wabak Covid-19 ini dan menggunakan maklumat tersebut untuk menipu Yayasan Temasek  bagi memberinya tujuh pelitup muka menerusi mesin layan diri. 

Yayasan Temasek adalah sayap sosial dan kebajikan syarikat pelaburan Singapura Temasek, manakala semua pelitup yang diperolehi itu berharga $84.

Warga India, Srinivasan Yuvaraj, 39 tahun, mengaku bersalah pada Jumaat (25 Jun) di atas kesalahan menipu dan dihukum penjara tujuh minggu.

Mahkamah diberitahu Yayasan Temasek mengendalikan pusingan keempat program edaran pelitup serata negaranya pada Mac bagi menyediakan penduduk Singapura dengan akses secukupnya bagi memiliki pelitup sewaktu pandemik ini.

Mulai 1 hingga 14 Mac, penduduk boleh mendapatkan satu pelitup pakai semula dengan menekan butiran nombor kad pengenalan mereka, NRIC atau nombor pengenalan asing FIN, pada mesin yang dipasang di beberapa tempat termasuk kelab masyarakat serata pulau.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tiada pengesahan lanjut diperlukan dengan pelitup akan diberikan sekali bagi setiap NRIC atau FIN yang diberi.

Srinavasan mempunyai senarai nama rakan sekerjanya serta butiran peribadi mereka.

Dia kemudian secara rambang memilih tujuh nama dan menulis butiran peribadi mereka termasuk nombor NRIC dan FIN mereka.

Tanpa keizinan rakan sekerjanya, dia pergi ke mesin pelitup layan diri di Kelab Masyarakat Chua Chu Kang pada 1 Mac dan mendapatkan tujuh pelitup berharga $12 setiap satu.

Kesalahannya diketahui apabila salah seorang rakan sekerjanya cuba mendapatkan pelitup di mesin layan diri tetapi gagal berbuat demikian. Lelaki 53 tahun itu melaporkan perkara itu kepada polis pada 4 Mac.

Srinivasan kemudian membuang pelitup itu dan tidak memulangkannya.

Di atas kesalahan menipu, seorang pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map