Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel curi baucar Belanjawan bernilai $10,800

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pesalah rentan kembali meringkuk di penjara setelah dia berkomplot dengan isterinya untuk mencuri baucar barangan dapur Belanjawan 2020 bernilai $10,800 daripada 72 mangsa.



Zulkeflei Mohamed Yatim telah masuk dan keluar penjara sejak 1990-an kerana melakukan beberapa jenayah termasuk kesalahan berkaitan dengan dadah dan mencuri.



Dia juga telah menyerang anak tirinya berusia 21 tahun.



Warga Singapura berusia 42 tahun itu semalam dijatuhi hukuman penjara 84 minggu setelah dia mengaku bersalah atas 15 tuduhan mencuri baucar bernilai $2,250.



Dia juga mengaku bersalah atas tuduhan menyerang.



Sebanyak 58 tuduhan lain, termasuk berkaitan dengan baki baucar yang dicuri, dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Isterinya, Tanty Yohaida Samad, sebelum itu mengaku bersalah ke atas 15 tuduhan pencurian dan dijatuhi hukuman penjara 48 minggu pada April.



Skim baucar Belanjawan 2020 dilancarkan tahun lalu untuk membantu rakyat Singapura yang kurang berkemampuan dengan mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah mereka di tengah-tengah Covid-19.



Timbalan Pendakwa Raya Phoebe Tan berkata akibat kesalahan itu, seramai 72 mangsa, termasuk warga emas, tidak dapat memanfaatkan baucar tersebut.



Pasangan itu belum membayar balik kerugian akibat kesalahan mereka itu, lapor The Straits Times.



Mereka menggunakan baucar itu untuk mendapatkan barangan termasuk beberapa telefon bimbit, yang kemudian dijual untuk mendapatkan wang tunai.



Tanty merupakan dalang dan telah membincangkan rancangan itu bersama suaminya, yang bersetuju untuk melakukan kesalahan itu.



Dalam beberapa kejadian Oktober lalu, pasangan itu, yang tinggal di Marsiling, telah meninjau kotak surat pada awal pagi dan mencari kotak yang tidak dikunci dengan betul.



Mereka kemudian menggunakan penyangkut baju untuk mengeluarkan sampul surat mengandungi baucar Belanjawan 2020 itu. Setiap sampul mengandungi 15 keping baucar $10.



Dalam beberapa kejadian lain, Zulkeflei menggunakan playar untuk memecahkan kotak surat bagi mendapatkan baucar itu sedang isterinya berperanan sebagai 'penjaga'.



Polis kemudian mendapat laporan mengenai baucar yang hilang dari sekurang-kurangnya 19 orang.



Secara berasingan, mahkamah diberitahu bahawa Tanty mempunyai perintah perlindungan peribadi terhadap Zulkeflei, yang dikeluarkan pada 6 Februari tahun lalu.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sebab di sebalik perintah itu.



Pada 17 Mei tahun lalu, dia telah pergi ke flat Zulkeflei di Marsiling bersama anaknya untuk mengambil beberapa barangan kerana mereka menyangka suaminya itu tidak ada di rumah.



Mereka menemui Zulkeflei di dalam unit itu dan keluar apabila perselisihan tercetus.



Zulkeflei mengejar pasangan itu dan berulang kali memukul anak tirinya.



Tanty membuat laporan polis kemudian.



Anaknya telah ke Hospital Khoo Teck Puat, dan didapati mengalami kecederaan termasuk pipi kiri yang lebam.



Zulkeflei, yang tidak diwakili peguam, hadir di mahkamah melalui pautan video semalam.



Bagi setiap tuduhan mencuri, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >