Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lelaki dijel, denda dek serang pemandu bas yang minta pelitup dipakai betul

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki dijel, denda dek serang pemandu bas yang minta pelitup dipakai betul

Jul 09, 2021 | 06:00 PM

SEORANG penumpang bas yang sedang berbual di telefon bimbit dengan pelitupnya terbuka tiba-tiba marah dan mula melontarkan kata-kata lucah ke arah pemandu yang memintanya agar menyarung pelitup dengan betul.

Nadarajan Mariesusy juga memukul Encik Sulaiman Junadi pada bahu kirinya sebelum turun dari bas itu. 

Warga Malaysia berusia 40 tahun itu mengaku bersalah pada Jumaat (9 Julai) di atas satu kesalahan mengganggu, menyerang dan satu lagi kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

Dia dihukum penjara dua minggu dan denda $4,000. Dia akan menjalani hukuman tambahan lapan hari di penjara jika dia tidak dapat membayar dendanya.

Pada 7.50 malam, 31 Julai tahun lalu, Nadarajan menaiki bas nombor 130 sekitar Ang Mo Kio Avenue 6 dan dilihat memakai pelitup hanya ke paras dagunya ketika berbual dengan isterinya di telefon.

Apabila Encik Sulaiman berpesan kepadanya agar menggunakan pelitup itu betul-betul, dia mematuhinya sebelum duduk di bahagian belakang bas.

Namun, Encik Sulaiman kemudian terpandang Nadarajan sekali lagi menurunkan pelitupnya.

Timbalan Pendakwa Raya Hidayat Amir memberitahu mahkamah: "Pada atau sekitar 7.58 malam, apabila mangsa berhenti di perhentian bas, beliau menoleh ke belakang bas seketika dan menasihati Nadarajan agar menggunakan pelitup dengan betul.

Mangsa memberitahu tertuduh bahawa ini diperlukan di bawah undang-undang Singapura."

Seminit selepas itu, ketika bas itu sedang bergerak, Nadarajan berjalan ke arah Encik Sulaiman dan melontarkan kata-kata lucah. Dia kemudian menyerang pemandu itu sebelum turun dari bas itu.

DPP Hidayat berkata Encik Sulaiman merasakan beliau tidak lagi mampu memandu lantas memberitahu pejabat operasi SBS. Salah seorang rakan sekerjanya kemudian memberitahu polis mengenai kejadian itu.

Pada Jumaat, Nadarajan, yang tidak diwakili peguam, merayu agar hukumannya diringankan.

Bagi kesalahan menyerang, dia boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda hingga $5,000.

Bagi kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara), dia boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3