Lelaki dijel lebih 4 tahun kerana perguna cucu saudara 14 tahun untuk seks, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lelaki dijel lebih 4 tahun kerana perguna cucu saudara 14 tahun untuk seks

Lelaki dijel lebih 4 tahun kerana perguna cucu saudara 14 tahun untuk seks

Jul 21, 2021 | 05:27 PM

SEORANG pesalah dadah yang mengadakan hubungan seks dengan cucu saudaranya yang berusia 14 tahun dalam dua peristiwa berasingan selepas keluar dari penjara dihukum penjara empat setengah tahun pada Rabu (21 Julai) selepas mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan belia bawah umur.

Warga Singapura 57 tahun itu juga mengaku bersalah di atas kesalahan lain - satu kesalahan mencuri dan gagal melaporkan diri bagi ujian air kencing.

Lelaki ini tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti budak perempuan itu.

Mangsa dikatakan telah melihat lelaki ini sebagai seseorang yang boleh dipercayai dan diajak berbual dalam tempoh dirinya berdepan dengan masalah.

Kedua-duanya bertemu buat kali pertama pada 2019 apabila si pesalah meminta perlindungan tempat tinggal di rumah ibu bapa mangsa selepas dibebaskan daripada penjara di atas kesalahan yang tidak didedahkan. Dia kemudian berpindah ke flat Jurong East itu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Antara lewat Oktober hingga 1 November, budak perempuan itu melarikan diri dari rumah dan menumpang di rumah si pesalah.

Hanya mereka berdua berada di ruang tamu sambil menonton filem R-21 yang mempunyai adegan penggunaan dadah yang sangat ketara.

Apabila filem itu hampir tamat, si pesalah mendekati budak itu dan mendesaknya mengadakan hubungan seks dengannya.

Keesokan harinya, dia memberitahu ibu budak itu tentang di mana anaknya berada dan meminta si ibu membawanya pulang.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Muhamad Imaduddien dan Grace Teo, mengatakan dalam dokumen mahkamah: "Si tertuduh telah mengarahkan mangsa agar berbohong kepada ibunya bahawa dia bermalam seorang diri di flat itu dan memberitahunya juga agar tidak memberitahu si ibu apa yang terjadi. Mangsa mendengar katanya."

Seminggu selepas itu, lelaki itu meminta budak itu mengirimkannya makanan.

Apabila budak itu tiba di rumahnya, sekali lagi dia mendesak budak itu agar mengadakan hubungan seks buat kali kedua dengan budak itu.

Kata kedua-dua DPP: "Budak itu mengelakkan dirinya daripada berkunjung ke flat si pesalah selepas itu kerana takut si tertuduh akan mendesaknnya bagi mengadakan hubungan seks lagi.

"Si pesalah melakukan kesalahan itu kerana dia tidak dapat mengawal nafsu seksnya dan mangsa pula tidak menghalang tindakannya."

Budak itu pada mulanya keberatan memberitahu sesiapa tentang perkara itu kerana takut menyusahkan keluarganya atau membuat mereka marah. Namun, dia akhirnya menemui seorang pekerja sosial pada 15 November 2019.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK yang memberitahu polis tentang perkara itu pada petangnya.

Di dalam kenyataan kesan mangsa, budak itu berkata dia mengalami mimpi ngeri setiap malam.

"Saya bergelut dengan perasaan saya setiap hari untuk tidak memikirkan tentang perkara ini tetapi gagal...Saya tidak mempercayai sesiapa lagi, termasuk yang rapat dengan saya, termasuk anggota keluarga dan teman saya sendiri."

Lelaki itu diberkas pada 31 Disember 2019 dan dimasukkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong kerana mengambil dos heroin berlebihan.

Setelah dia dibenarkan pulang dari hospital, dia diarah melaporkan diri kepada pihak berkuasa pada 14 Januari tahun lalu.

Namun, dia melarikan diri. Sekitar enam bulan selepas itu, dia mencuri barangan termasuk basikal berharga $745.

Pemilik basikal itu melaporkan kecurian itu kepada polis pada 16 Julai tahun lalu dengan polis memberkas lelaki ini 13 hari selepas itu.

Kedua-dua DPP juga berkata si pesalah tanpa sebab yang boleh diterima, gagal menghadirkan dirinya bagi 99 ujian air kencing mulai 15 Ogos 2019 sehingga dia ditangkap pada 29 Julai tahun lalu.

Lelaki ini juga ditawarkan ikat jamin $25,000 pada Rabu dan diarahkan menyerah diri di Mahkamah Negara pada 30 Julai untuk memulakan hukumannya.

Bagi setiap kesalahan penetrasi seksual seorang individu bawah umur, si pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda. - The Straits Times

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map