Lelaki dijel seminggu kerana cabul penyambut tetamu spa

SEORANG lelaki berusia 56 tahun yang meraba seorang penyambut tetamu spa semasa mabuk dan telanjang dihukum penjara satu minggu pada Rabu (23 Nov).

Ng Hong Chua mengaku bersalah terhadap tuduhan mencabul.

Mahkamah diberitahu bahawa Ng pergi ke spa di Tampines itu pada kira-kira 2.50 pagi pada 14 Okt tahun lalu.

Ng memberitahu penyambut tetamu itu dia telah membuat tempahan awal dan berdaftar untuk sesi urut satu jam.

Mangsa tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti beliau.

Semasa mangsa mengiringinya ke sebuah bilik di tingkat dua, Ng memberitahunya dia mabuk, dan memegang lengan beliau dan meminta beliau menyokongnya menaiki tangga.

Apabila mereka sampai ke tingkat dua, Ng meletak tangannya di pinggang wanita itu. Beliau tidak menghalangnya kerana tidak mahu dilihat kurang ajar dan takut, mahkamah diberitahu.

Beliau membawa Ng ke bilik urut dan memberitahunya supaya menyalin kepada sepasang seluar pendek yang disediakan.

Sedang beliau menuruni tangga, Ng memanggilnya dan meminta seluar pendek baru.

Apabila wanita itu membuka sedikit pintu gelongsor untuk menghulur seluar itu, Ng, yang telanjang bulat, menarik tangannya, membuka pintu, dan menarik beliau ke dalam bilik.

Dia kemudian menarik wanita itu lebih dekat kepadanya dan mencium pipi kirinya.

Wanita itu menolak Ng dan dia melepaskan beliau.

Apabila wanita itu hendak meninggalkan bilik tersebut, Ng menarik tangan beliau ke arah kemaluannya dan menunjukkan dia akan bayar untuk wanita itu melakukan perbuatan seksual terhadapnya.

Mangsa memberitahu Ng spa itu tidak menyediakan khidmat seperti itu dan menarik tangannya, sebelum beredar.

Beliau kemudian memberitahu teman lelaki dan majikannya mengenai perbuatan Ng.

Selepas selesai sesi urutnya, Ng menawarkan wang kepada mangsa, tetapi beliau enggan menerimanya.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.