Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 10 minggu kerana ugut muat naik gambar bogel kekasih yang sudah berkahwin di dalam talian

Oct 22, 2018 | 06:36 PM



APABILA seorang wanita yang sudah berkahwin memutuskan menamatkan hubungan sulitnya, kekasihnya mengugut memuat naik gambar bogelnya di dalam talian.



Rasa tertekan, wanita warga Singapura berusia 31 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identitinya, memutuskan memberitahu polis.



Hari ini (22 Oktober), warga China Zheng Haoran dipenjara 10 minggu selepas mengaku bersalah bagi satu tuduhan menghina kehormatan wanita itu dan satu tuduhan menakut-nakutkannya secara jenayah.



Zheng, 24 tahun, dan wanita itu bertemu November lalu dan menjadi mesra tidak lama kemudian.



Dalam sebuah hotel pada 22 Disember lalu, Zheng memetik dua gambar kekasihnya ketika beliau sedang mengeringkan rambutnya dalam keadaan bogel.



Pada 11 Januari lalu, wanita itu memberitahu Zheng yang beliau tidak mahu bersamanya lagi.



Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lai berkata: "Sekitar 1.28 petang, tertuduh menghantar mangsa salah satu gambar bogel yang dia ambil dan mengancam memuat naik gambar bogelnya ke Internet untuk dilihat suaminya.



"Mangsa rasa cemas dengan ancaman tertuduh. Beliau tidak tahu yang tertuduh telah mengambil gambarnya ketika bogel dan rasa tertekan."



Wanita itu membuat laporan polis pada 5.23 petang keesokan hari.



Kerana menghina kehormatan wanita itu, Zheng boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >