Lelaki dipenjara 2 bulan kerana serang, tendang bekas temanita, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lelaki dipenjara 2 bulan kerana serang, tendang bekas temanita

Jun 23, 2021 | 09:00 PM

PERTENGKARAN sepasang kekasih mula menjadi ganas apabila si lelaki mengheret temanitanya dengan menarik rambutnya dan menendang kepalanya berulang kali sedang si wanita berada di  luar Rumours Beach Club di Sentosa.

Pada Rabu (23 Jun), Rahiman Rahim, 31 tahun, dipenjara dua bulan kerana serangan empat minit yang menyebabkan wanita berusia 32 tahun itu cedera termasuk mengalami keretakan tulang hidung dan mata bokop.

Satu tuduhan tidak menggunakan pelitup sewaktu peristiwa ini dipertimbangkan dalam hukuman dikenakan.

Sejak peristiwa itu, pasangan ini sudah berpisah.

Dalam keratan video televisyen litar tertutup yang dimainkan di mahkamah, Rahiman boleh dilihat menendang dan menghentakkan kakinya ke atas kepala wanita itu dan bahagian belakang tubuhnya. Dia juga melempar barangan milik si wanita ke arahnya ketika wanita itu terbaring di atas lantai. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Timbalan Pendakwa Raya Kwang Jia Min menganggap serangan itu sebagai "sangat kejam" sedang Rahiman mensasarkan bahagian tubuh si wanita yang mudah diserang dan tidak berlembut meskipun mangsa terbaring di lantai dan tidak dapat mempertahankan dirinya.

Mahkamah diberitahu pasangan ini pergi ke kelab malam pada 29 Julai tahun lalu untuk sesi minum bersama teman-teman dan kemudian bertengkar pada 8 malam.

Antara 8 malam dengan 8.59 malam, mereka keluar dari kelab itu di mana Rahiman menyerangnya selama empat minit. Sekurang-kurangnya tujuh orang awam berjalan melintasi mereka tetapi tiada yang berhenti untuk meredakan keadaan.

Pihak polis menerima tiga panggilan telefon antara 8.56 malam hingga 9.06 malam.

Akhirnya, seorang saksi memisahkan Rahiman daripada wanita itu dan memberitahu Rahiman polis dalam perjalanan ke kelab malam itu. Rahiman terus masuk semula ke kelab itu.

Pada masa itu, mangsa masih terbaring di lantai dan menangis kesakitan.

Rahiman memberitahu polis dia kehilangan kawalan sewaktu bertengkar dengan temanitanya.

Keesokan harinya, wanita itu ke Hospital Besar Ng Teng Fong dan dibenarkan pulang pada hari yang sama tanpa cuti sakit.

Pemeriksaan x-ray menunjukkan kemungkinan ada keretakan pada tulang hidungnya yang memerlukan rawatan lanjut tetapi beliau tidak hadir bagi sesi janji temu selanjutnya.

Mangsa itu kemudian berkata beliau rasa traumanya diserang seseorang yang beliau cintai.

Rahiman diwakili peguam Audrey Koo yang menggesa mahkamah memberi anak guamnya penjara enam minggu. Beliau memberitahu mahkamah pertengkaran itu berlaku kerana mangsa cuba memukul 'bouncer' kelab malam itu dengan anak guamnya cuba menegahnya daripada berbuat demikian.

Bagaimanapun Hakim Daerah Tan Jan Tse berkata Rahiman mempunyai masa secukupnya bagi menenangkan dirinya selepas pertengkaran di kelab malam itu dan serangan berpanjangan lagi kejam itu berlaku di tempat awam.

Pada Rabu, Rahiman juga didenda $1,000 bagi satu lagi peristiwa berasingan pada November tahun lalu di Chinatown Point. Sewaktu pertengkaran itu, dia menolak tangan pemandu teksi lantas menyebabkan si pemandu terjatuhkan telefon bimbitnya yang retak.

Satu lagi tuduhan menggunakan kata-kata ancaman yang membuatkan pemandu itu cemas dipertimbangkan.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map