Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 2 minggu kerana hina kakitangan awam dengan kata kesat berbaur perkauman

Sep 01, 2021 | 08:58 PM



APABILA dua pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) cuba menghalang seorang pemandu teksi berusia 69 tahun daripada merokok di tempat meletak kereta, dia menghina mereka dengan kata-kata sindiran berbaur perkauman.



Tay Teng How dihukum penjara dua minggu dan denda $2,000 selepas mengaku bersalah di atas setiap tuduhan menggunakan kata-kata hinaan kepada pekerja awam dan menggunakan kekerasan jenayah ke atas pekerja berkenaan.



Mahkamah diberitahu Tay sedang merokok di tempat meletak kereta berbilang tingkat di kawasan Bukit Panjang pada 22 November tahun lalu apabila dua pegawai NEA itu mendekatinya.



Merokok tidak dibenarkan di tempat meletak kereta kerana ia adalah kawasan tertutup.



Mulanya, Tay enggan memberikan kad pengenalannya kepada pegawai berkenaan bagi mereka menyamannya sambil mengadu mereka tidak memberikannya sebarang peluang kedua.



Namun, akhirnya dia menyerahkannya tetapi apabila pegawai itu memulangkan kad pengenalan itu kepadanya, Tay berulang kali meminta mereka memberikannya sanitiser tangan.



Tay memberitahu pegawai itu terdapat Covid-19 dan menambah: "Dah ambil barang saya dan kemudian memulangkannya, tak tahu sama ada awak tu dijangkiti atau tidak...awak berdua semua tak tahu dari India atau dari mana..."



Dia kemudian membuang kad pengenalan itu ke bonet teksinya dan mengelap kedua tangannya pada lengan kemeja salah seorang pegawai itu.



"Tak boleh, saya perlu membersihkannya. Saya sangat sensitif dengan benda sebegini," ujarnya.



Meminta agar hukuman sekurang-kurangnya jel tiga minggu dan denda $3,000 diberikan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stephanie Chew, berkata walaupun bahaya fizikal kesalahannya itu rendah, sikap Tay itu menggambarkan rasa penuh kebencian.



"Kesalahan tertuduh itu ditujukan kepada kedua-dua mangsa dan khususnya sangat kesat melihat pada nada perkauman dan pandemik Covid-19 yang sedang berlangsung kini," jelas DPP Chew.



Dalam rayuannya, Tay yang ditemani isterinya ke mahkamah, menyatakan dia menyesali perbuatannya dan memohon agar hukumannya diringankan.



"Kerana kes ini, saya baru-baru ini mengalami strok dan masih dalam cuti hospital.



"Saya berjanji ini adalah kali pertama dan terakhir...Kerana Covid-19, saya amat peka soal kebersihan," ujarnya.



Kerana menggunakan kata-kata hinaan kepada kakitangan awam, Tay boleh didenda hingga $5,000 dan penjara hingga setahun.



Kesalahan menggunakan kekerasan jenayah ke atas kakitangan awam pula membawa pada hukuman maksimum penjara empat tahun dan denda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >