Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 2 minggu kerana pasang aplikasi intipan pada telefon isteri; dijel 5 bulan kerana kesalahan pinjam wang tailong

Apr 05, 2022 | 08:16 PM



SEORANG lelaki memasang aplikasi intipan pada telefon bimbit isterinya agar dia dapat memantau setiap pergerakan si isteri menyusuli kekerapan mereka bertengkar.



Nicholas Wang Weichou, 30 tahun, boleh mendengar apa sahaja yang diperbualkan isterinya di telefon pada masa perbualan itu berlangsung dan membuka fon kamera bagi menjejak ke mana isterinya pergi.



Dia malahan membuang salah satu pos Facebook isterinya dan mengirim pesanan ancaman kepada wanita itu.



Pada Selasa (5 April), Wang dihukum penjara dua minggu kerana menyalahi undang-undang dengan menjejak isterinya.



Dia juga mengaku bersalah di atas dua tuduhan tidak berkaitan mengenai pinjaman wang tidak berlesen lantas dipenjara lagi lima bulan.



 



Mahkamah diberitahu pada Ogos 2020, Wang dan isterinya selalu bertengkar dan tidak mempunyai hubungan yang baik.



Kerana ingin pastikan setiap gerak-geri si isteri dipantau, Wang membeli sofwe TYSPY yang membolehkannya memperolehi akses pada pesanan media sosial, rakaman suara dan log panggilan isterinya.



Kos langganan aplikasi risikan itu menelan belanja AS$80 ($108) sebulan dengan Wang melangganinya untuk tempoh dua bulan.



Sedang isterinya tidur, Wang memasang aplikasi itu pada telefon bimbit si isteri. Dia kemudian memantau kegiatan isterinya menerusi telefon bimbitnya.



Pada 6 September 2020, isteri Wang memuatnaikkan pos tentang satu peristiwa pertengkaran mereka di Facebook sehingga membuatkan Wang bingit. Dia menggunakan aplikasi intipan itu untuk membuang pos berkenaan.



Dia kemudian memuatnaikkan tangkap layar perbualan teks mereka pada akaun Facebook dan Instagram si isteri tetapi meletakkan pos itu pada 'mode private' agar si isteri sahaja yang dapat membacanya.



Wang kemudian mengirim pesanan ancaman kepada isterinya dengan menyatakan: "Tak perlu beritahu orang lain aku menggodam akaun kau. Tiada orang boleh bantu kau. Hingga kau mengaku atas apa yang kau buat."



Dia juga mengekang isterinya daripada menggunakan Facebook, Instagram dan e-mel peribadinya.



Apabila dia mendapat tahu isterinya sudah membuat laporan polis pada 8 September 2020, Wang cuba membuang telefon bimbitnya di Pasar Boon Lay.



Secara berasingan pada November 2020, Wang meminjam $400 daripada pemiutang tidak berlesen tetapi tidak dapat membayar hutang itu.



Dia kemudian bersetuju pada usulan tailong itu agar mengganggu peminjam lain untuk dapatkan wang. Dia memasang mangga basikal dan nota pada pintu pagar depan rumah individu yang berhutang ini untuk menakut-nakutkan mereka.



Hukuman maksimum bagi menjejak seseorang dengan melanggar undang-undang adalah denda $5,000 dan penjara setahun.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >