SEORANG bekas anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang berkhidmat dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) dijatuhkan hukuman penjara dua tahun semalam atas kesalahan mengganggu kanak-kanak perempuan bawah umur dalam talian sebelum menyuruh mereka mengambil gambar mereka berbogel.
A R Arun Prashanth, kini 25 tahun, telah melakukan perbuatan seksual terhadap tiga daripada lima mangsanya yang pada ketika itu berusia antara 12 dan 15 tahun.