Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 6 bulan kerana cabul kehormatan kenalan di tempat kerja

Sep 17, 2018 | 08:23 PM



SEORANG pekerja penyenggaraan alat hawa dingin telah berkenalan dengan seorang pekerja pembersihan di sebuah bangunan di Shenton Way, tempat mereka bekerja, dan mereka berbual sekali-sekala.



Satu hari, pekerja warga Bangladesh itu, Uddin Mohammed Shahab, memanggil wanita berusia 28 tahun itu memasuki sebuah kamar di tingkat tujuh bangunan tersebut dan mencabul kehormatannya.



Uddin, 45 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan hari ini (17 September) selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan mencabul kehormatan, lapor akhbar The Straits Times.



Mahkamah diberitahu bahawa Uddin cuba tetapi gagal untuk membuka pintu bilik di tingkat tujuh itu.



Dia kemudian memegang dagu pekerja pembersihan itu dan memegang buah dadanya sebelum beredar dari tempat itu.



Wanita itu kemudian memberitahu penyelianya tentang kejadian itu dan membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >