Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki dipenjara 6 bulan selepas cabul kehormatan perempuan berusia 10 tahun di luar Bedok Mall

Sep 09, 2019 | 02:38 PM

 

SEORANG lelaki bernama Rosli Abdul Hamid, berusia 68 tahun, dipenjara selama enam bulan setelah didakwa mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Mahkamah mendengar bahawa kanak-kanak perempuan itu bersama dengan teman-temannya berada di sebuah karnival yang terletak berdekatan dengan pintu masuk pusat membeli-belah Bedok, setelah mereka pergi melawat Hari Raya, pada 14 Jun.

Rosli, yang ketika itu sedang menaiki e-skuter, kemudian meletakkan e-skuternya di kawasan berhampiran dan kemudian berjalan di belakang perempuan itu lalu mencabul kehormatannya.

Kanak-kanak perempuan itu terkejut tetapi Rosli tidak peduli. Dia tetap masih berjalan dekat bersama kumpulan itu.

Perempuan itu kemudian meninggalkan rakan-rakannya lalu melaporkan kejadian itu kepada pegawai Suruhan Keselamatan Pengangkutan Awam (PTSC) yang berada di kawasan itu.
Kejadian itu ditangkap oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan Rosli ditelusuri ke rumahnya dan langsung ditangkap.

Pada hari Rabu minggu lalu, Rosli, yang mempunyai beberapa hukuman kesalahan mencabul kehormatan sejak 1973, telah dipenjara selama enam bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Vincent Ong memberitahu mahkamah bahawa Rosli mempunyai beberapa hukuman mencabul kehormatan sejak tahun 1973, di mana sebelum ini, dia didakwa kesalahan yang sama pada tahun 1999.

Beliau berkata walaupun tidak ada keganasan yang terlibat dalam kes ini, kesalahan itu dilakukan dengan cara yang tidak senonoh di tempat awam.

Rosli, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah bahawa dia sangat kecewa dan rasa malu menghadapi isteri dan anak-anaknya.

Kesalahan mencabul kehormatan seorang perempuan di bawah umur boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun, atau didenda, atau kedua-duanya.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3