Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 6 minggu kerana cabul wanita dalam MRT

Oct 06, 2016 | 02:06 PM



SEORANG ketua kru restoran dipenjara enam minggu pada Khamis (6 Oktober) kerana mencabul seorang wanita dalam kereta api MRT.



Sasmita Tjakra, seorang Penduduk Tetap (PR) asal Indonesia berusia 41 tahun, mengaku bersalah menyentuhkan tubuhnya pada punggung kanan wanita berusia 27 tahun itu dalam perjalanan MRT dari Yishun ke Khatib pada 5 April 2016.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chew Xin Ying memberitahu mahkamah mangsa menaiki kereta api itu di stesen Admiralty dan berdiri di laluan antara tempat duduk.



Wanita itu sedang mendengar muzik dari telefon bimbitnya apabila beliau berasa sesuatu lembut sentiasa menyentuh punggung kanannya. Menyangka ia beg seseorang, beliau tidak menghiraukannya.



Apabila kereta api itu sampai di Yishun, beliau berpindah tempat untuk berdiri di depan satu set dua tempat duduk.



Wanita itu kemudian berasa sesuatu keras menyentuh punggungnya. Beliau berpaling dan melihat Tjakra berdiri di belakangnya.



Tjakra kemudian cuba menggunakan begnya untuk menutup seluarnya.



Walaupun terkejut, mangsa tidak bersemuka dengannya serta-merta, sebaliknya menggunakan telefon bimbit beliau untuk mengambil gambar mukanya.



Beliau hanya dapat mengambil separuh muka Tjakra, yang turun di stesen seterusnya, Khatib.



Wanita itu membuat laporan polis di Pusat Polis Kejiranan Geylang pada hari yang sama.



Tjakra mengaku dia sengaja berdiri di belakang mangsa kerana mendapati beliau menarik dan terangsang.



Dia sengaja menolak pangkal pahanya beberapa kali pada punggung kanan mangsa.



Dalam mitigasinya, Tjakra berkata dia bekerjasama dengan polis dan telah meletak jawatan daripada pekerjaannya. Dia juga menyesal melakukan perbuatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >