Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:36
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 8 minggu kerana tipu polis

NUR DHUHA ESOOF
Apr 09, 2014 | 06:40 PM



LELAKI yang memberi kenyataan palsu kepada polis bahawa identitinya dicuri dan digunakan untuk mendaftar sebuah perkahwinan sivil bersama seorang wanita warga asing telah dihukum penjara lapan minggu hari ini.


Mohamad Norizuan Shazali, 26 tahun, melaporkan demikian kepada polis pada 10 Februari lalu selepas pendaftaran yang dibuat untuk menikahi tunangnya, Cik Sharafana Mohamad Shariff, ditolak oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).


Ini kerana rekod pendaftaran perkahwinan menunjukkan dia sudah pun berkahwin dengan seorang wanita dari India dua tahun lalu.


Norizuan menafikan perkahwinan tersebut dan membuat laporan polis bahawa identitinya telah dicuri dan digunakan untuk perkahwinan itu.


Namun, siasatan menunjukkan Norizuan sebenarnya dengan sukarela memberi butiran dirinya bagi pendaftaran perkahwinan tersebut untuk mendapat ganjaran $1,700.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >