Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 9 1/2 tahun kerana salah guna $4 juta wang majikan

Sep 25, 2019 | 05:35 PM



SEORANG akauntan yang menyalah guna hampir $4 juta dalam tempoh empat tahun daripada majikannya dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun setengah pada Rabu (25 September).



Warga Filipina Ariel Biasong Salamanes, yang bekerja di QlikTech Singapura dari 1 April 2012 hingga 5 Julai 2017, menulis 451 cek dan memasukkan wang itu ke akaun bank peribadinya, keluarganya dan kawannya di luar Singapura.



Salamanes, 42 tahun, mengaku bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan lima tuduhan pemalsuan caj akaun.



Dia juga mengaku bersalah atas tujuh tuduhan menyalurkan wang yang diperolehinya ke akaun bank lain di luar Singapura. Lagi 267 tuduhan diambil dalam pertimbangan.



Timbalan Pendakwa Raya Cheng Yuxi berkata sebagai seorang akauntan, tanggungjawab Salamanes termasuk mengendalikan informasi seperti lembaran imbangan serta dokumen untung dan rugi.



Dia juga mempunyai akses buku cek majikannya, selain diberi amanah menandatangani cek bagi  bayaran sehingga $10,000.



Bagi setiap kesalahan pecah amanah, Salamanes boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >