Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Lelaki dipenjara bakar tuala di hotel

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki dipenjara bakar tuala di hotel

Apr 22, 2021 | 05:30 AM

SEORANG lelaki dihukum penjara tiga bulan semalam kerana membakar tuala di sebuah hotel setelah kakitangan hotel memberitahunya agar meninggalkan bilik yang dihuni oleh rakan lelakinya bersama seorang wanita yang baru ditemui di pusat karaoke.

Lau Sheng Shiun, yang sebelum ini bertugas bersama Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), melalui perbicaraan dan didapati bersalah bulan lalu kerana melakukan perbuatan nakal menggunakan api dengan tujuan menyebabkan kerosakan.

Kejadian itu berlaku pada 12 September 2017.

Lau, 34 tahun, telah berjumpa Chua Wen Hao, 29 tahun, kawan dan orang bawahannya di RSN, sebelum ke pusat karaoke W KTV di Foch Road di Jalan Besar.

Mereka meminum minuman keras di sana dan bertemu seorang wanita warga Vietnam.

Kededua lelaki itu kemudian memutuskan untuk ke Hotel 81 Violet yang berdekatan, dan mendaftar masuk di meja penyambut tamu pada sekitar 9.20 malam.

Tidak lama kemudian, kakitangan hotel melihat melalui kamera keselamatan mereka bertiga telah memasuki bilik, iaitu melanggar polisi hotel yang tidak membenarkan lebih daripada dua orang di dalam bilik.

Apabila kakitangan memberitahu bahawa mereka telah melanggar polisi berkenaan, Lau meninggalkan hotel menerusi pintu belakang.

Beliau mula menghisap rokok di kawasan di mana hotel itu menyimpan kotak-kotak berisi tuala sebelum akhirnya meninggalkan hotel itu pada sekitar 9.50 malam.

Namun, tidak lama kemudian, seorang individu yang melalui kawasan di mana Lau berada itu ternampak beberapa tuala terbakar.

Kakitangan hotel dimaklumkan mengenai kebakaran itu dan mereka memadamkan api dan menghubungi polis.

Menggunakan rakaman kamera keselamatan dan melalui pertanyaan di sekitar tempat kejadian, polis berjaya mengenal pasti Lau.

Lau ditahan pada 21 September tahun yang sama.

Semalam, Timbalan Pendakwa Awam Zhou Yihong menggesa mahkamah agar Lau dipenjara selama tiga hingga empat bulan, dan mengatakan secara kebetulan api tidak merebak dan menyebabkan kerosakan teruk.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Ong Luan Tze mengatakan adanya unsur dendam pada tindakan Lau, dan dia mengaku berasa kecewa dengan pihak hotel.

Menurut Lau, dia telah membakar tuala untuk melahirkan kekecewaannya.

Peguamnya Josephine Costan berkata Lau akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Lau kini dilepaskan dengan ikat jamin $10,000, sementara menunggu keputusan rayuan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3