Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara dek sogok pegawai bagasi

Sep 23, 2019 | 05:18 PM



SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara lapan minggu pada Isnin (23 September) kerana telah memberi rasuah sekurang-kurangnya $800 kepada seorang pekerja daftar masuk di Lapangan Terbang Changi, supaya tidak melaporkan tambahan berat beg beberapa pelancong yang menaiki penerbangan Tigerair.



Gopal Krishna Raju, seorang pengurus di sebuah syarikat memproses makanan, mempunyai perniagaan sampingan, di mana emas diangkut dari Singapura ke Chennai, di mana barangan berharga itu kemudian akan didagangkan.



Gopal, seorang warga India, telah meminta bantuan pekerja daftar masuk, Patel Hiteshkumar Chandubhai, supaya tidak melaporkan tambahan berat beg milik penumpang yang membawa bekalan emas atas namanya. 



Atas bantuannya, Patel kemudian diberi ganjaran wang.



Hakim Daerah John Ng mendedahkan bahawa kesalahan rasuah yang diberikan oleh Gopal, 37 tahun, telah berlarutan selama 10 bulan, antara Januari 2016 dengan October 2016, sambil menegaskan peri pentingnya melindungi reputasi Lapangan Terbang Changi, daripada sebarang perbuatan salah.



Mereka yang disabit kesalahan memberi rasuah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >