Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana aniaya anak tiri

Jan 07, 2019 | 08:28 PM



SEORANG budak perempuan sembilan tahun sedang tidur di sofa apabila bapa tirinya mengejutnya dengan menekan puntung rokok yang masih menyala pada tangannya.



Dua hari kemudian, lelaki itu menendang mukanya tanpa sebab.



Lelaki berusia 29 tahun yang menganggur itu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan hari ini (7 Januari) selepas mengaku bersalah menganiaya seorang kanak-kanak, lapor akhbar The Straits Times.



Dia tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anak tirinya.



Kanak-kanak itu kini tinggal dengan saudara bapa kandungnya.



Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu menekan puntung rokok yang masih menyala pada tangan anak tirinya pada 4 November 2017 selepas kanak-kanak itu tertidur semasa menonton televisyen bersamanya.



Dua hari kemudian, budak perempuan itu sedang menyapu lantai apabila lelaki itu menendangnya.



Kanak-kanak itu tidak dapat ke sekolah hari itu kerana rasa sakit.



Namun apabila dia ke sekolah pada 7 November 2017, gurunya melihat kesan lebam pada mukanya dan melaporkan hal demikian kepada pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >