Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana cabar pegawai polis supaya tembaknya

Apr 05, 2016 | 08:03 AM



SEKUMPULAN hingga 100 orang yang agresif memaksa seorang pegawai polis mengacukan revolver perkhidmatannya pada mereka demi keselamatannya dalam satu kejadian di lorong belakang Geylang.



Namun, seorang lelaki berusia 52 tahun mencabar pegawai itu supaya menembaknya.



Pada Isnin (4 Apr), Ho Wee Kee dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan tuduhan berasingan menyebabkan kecederaan parah.



Satu lagi tuduhan menyebabkan kecederaan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 9.45 malam pada 24 Julai tahun lepas, lima pegawai dari Pusat Polis Kejiranan Geylang yang sedang menjalankan tugas antimaksiat ternampak seorang remaja berusia 18 tahun mempromosikan perjudian 'Si Gor Luck' di lorong belakang antara Lorong 14 dan Lorong 16 Geylang.



Mengesyaki dia sedang mempromosikan perjudian haram, mereka terpaksa menggunakan kekerasan untuk menggari remaja itu, kerana dia melawan dan cuba melarikan diri.



Sedang mereka berbuat demikian, kira-kira 80 hingga 100 orang berkumpul. Mereka menjerit pada para pegawai itu supaya melepaskan remaja tersebut.



Mereka kemudian bergerak ke arah pegawai polis itu sambil menjerit kata-kata kesat secara agresif. Seorang lelaki menterbalikkan meja perjudian dan seorang lagi mengambil kaki meja dan menghayun-hayunkannya terhadap pegawai polis itu.



Para pegawai itu terus berundur hingga tersandar pada tembok. Bimbang akan keselamatan mereka, seorang sarjan mengeluarkan revolvernya dan mengacukan pada kumpulan itu. Namun, jarinya tidak diletak pada picu revolver tersebut.



Sedang yang lain berundur, Ho berhadapan dengan pegawai itu, yang meletak kembali revolver tersebut pada sarungnya.



Tidak lama selepas itu, lebih ramai pegawai polis tiba dan membuat orang ramai bersurai. Sebahagian kejadian tersebut dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV).



Pada 20 November 2014, Ho menyerang dua lelaki di sebuah kedai kopi di Lorong 18 Geylang apabila salah seorang daripada mereka terlanggarnya.



Ho mempunyai rekod bergaduh dan serangan sejak 1980-an.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >