Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana cuba suruh budak bawah umur lakukan perbuatan tidak senonoh

Sep 21, 2018 | 05:28 PM



DENGAN menggelarkan dirinya 'Daddy', seorang teknisyen mula berbual dengan seseorang yang beliau fikir adalah budak perempuan berusia 15 tahun di dalam talian dan mengarahkannya untuk melakukan perbuatan seksual ke atas dirinya sendiri.



Muhammad Syazili Muhammad Noor Aal Toha kemudian meminta individu yang digelarnya 'Baby' itu untuk menghantarkan gambar kemaluan beliau kepadanya.



Lelaki berusia 53 tahun itu dipenjara empat bulan hari ini (21 September) selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan cuba menyuruh seorang budak bawah umur melakukan perbuatan tidak senonoh serta menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar gambar lucah, lapor akhbar The Straits Times.



Bagaimanapun, mahkamah diberitahu bahawa polis belum dapat mengenal pasti orang yang berbual dengan Muhammad Syazili itu.



Timbalan Pendakwa Raya Michael Quilindo berkata Muhammad Syazili adalah berbahaya kepada orang awam, memandangkan dia mempunyai kecenderungan seksual terhadap budak bawah umur.



“Dia bayangkan mengadakan seks dengan mereka (budak bawah umur) dan memerangkap mereka untuk menyertai fantasinya. Tindakannya dalam kes ini merupakan satu kes klasik perbuatan asuhan seksual,” katanya.



Sementara itu, peguam Muhammad Syazili, Gino Hardial Singh, pula berkata mangsa tidak dapat dikenal pasti dan tidak pasti pun sama ada beliau sememangnya bawah umur ketika kejadian itu berlaku.



Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000 dan telah diperintah untuk menyerah diri di Mahkamah Negara pada 19 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >