Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana liwat, cabul anak perempuan

Jul 26, 2016 | 07:49 AM



KETIKA umurnya baru 10 tahun, bapa kandungnya melakukan "penderaan seks paling teruk ke atasnya" - meliwatnya, semasa murid darjah empat itu masih memakai uniform sekolah.



Apabila dia dicabul pada bulan yang sama, pada Oktober 2005, dia bertanya bapanya apakah semua bapa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuan mereka.



Soalan tersebut mengejutkan bapanya, tetapi dia mengulangi perbuatannya.



Sembilan tahun kemudian, ketika si anak berumur 19 tahun, bapanya mula mencabulnya lagi. Setelah sekian lama menderita dalam diam, si anak akhirnya memberanikan diri dan melaporkan perbuatan bapanya pada polis.



Pada Isnin (25 Jul), teknisyen berusia 51 tahun itu dihukum penjara 12 setengah tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan liwat dan dua tuduhan mencabul.



Empat tuduhan - pencabulan dan eksploitasi seks kanak-kanak - diambil kira semasa hukuman dijatuhkan. Dia tidak boleh dirotan kerana berusia lebih 50 tahun, dan tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anak perempuannya, yang kini berumur 21 tahun.



Menurut mitigasi yang dikemukakan peguam Gino Hardial Singh, isteri lelaki itu melarikan diri dari rumah pada Oktober 2005 tetapi pulang semula.



Pada satu petang dalam bulan itu, lelaki tersebut meliwat anaknya di bilik tidur utama selepas mengambiilnya dari sekolah. Dua adik-beradik kanak-kanak itu masih di sekolah.



Semasa diliwat, mangsa menahan air mata kerana takut akan dimarahi. Apabila mangsa tiba-tiba menangis, bapanya berhenti.



Pada hari lain, bapanya mengulangi perbuatan itu.



Walaupun "menyesal" apabila anaknya bertanya apakah semua bapa melakukan demikian, dia mengulangi perbuatan itu sekali lagi selain membuat anaknya melakukan perbuatan tidak senonoh dua kali.



Pada 2014, ketika berusia 19 tahun, si anak dicabul sekali lagi pada Julai dan pada Oktober. Selepas itu, mangsa meninggalkan flat mereka dan membuat laporan polis.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Agnes Chan berhujah lelaki tersebut "tidak berhati perut melakukan penderaan seks paling teruk" ke atas anaknya apabila kali pertama dia mencabulinya.



Dalam satu kenyataan kepada mahkamah tentang kesan penderaan itu, mangsa berkata beliau tinggal dalam ketakutan kehormatannya akan dicabul dan pernah cuba membunuh diri.



"Saya tidak dapat menyayanginya dan tidak pernah suka dia kerana apa yang dia lakukan pada saya semasa saya muda," katanya.



"Saya tidak tahu apa-apa tetapi bapa saya mencabuli kesucian saya dengan mendedahkan saya kepada kelakuan seks orang dewasa dan dia menggunakan kuasanya ke atas saya. Saya tidak pernah rela."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >