Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana menampar duta perkhidmatan SMRT yang melarangnya makan di stesen Raffles Place

Nov 30, 2018 | 05:14 PM



SEORANG penumpang yang melanggar undang-undang stesen kereta api dengan memakan sandwic di stesen Raffles Place dan menampar duta perkhidmatan SMRT yang melarangnya membuat demikian telah dipenjara tiga minggu.



Shafuan Juraimi, 22 tahun, mengaku bersalah menyerang Encik Gian Cheng Kuan, 69 tahun, dengan menampar pipi mangsa.



Menurut laporan The Straits Times, Shafuan berada di stesen tersebut bersama beberapa rakan setugasnya pada sekitar 7.30 malam pada 25 Jun lalu dan mereka memakan sandwic.



Encik Gian lalu menegur mereka dengan berkata; "Maaf, tidak boleh makan."



Mereka kemudian menyimpan sandwic tersebut tetapi Shafuan mengeluarkan botol airnya pula untuk minum selepas itu. Encik Gian lalu memberitahunya bahawa meminum juga dilarang.



Timbalan Pendakwa Raya Tang Shangjun memberitahu Hakim Daerah Mathew Joseph: "Setelah itu, tertuduh mengayun tangan kanannya dengan niat memukul mangsa dan kemudian menampar pipi kiri mangsa."



Atas kesalahan menyerang, Shafuan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >