Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana mencabul kehormatan 6 kanak-kanak perempuan di Kompleks Renang Hougang

Jul 04, 2019 | 09:21 AM



SEORANG jurutera infrastruktur mencabul kehormatan enam kanak-kanak perempuan di Kompleks Renang Hougang.



Job Mathew Panakkal, warga India berusia 37 tahun, akan berenang 'mengejar' mangsanya setelah mereka cuba menjauhkan diri daripadanya, dan akan menyentuh mereka apabila dia berenang di sebelah kanak-kanak itu.



Semalam, Job dijatuhkan hukuman penjara 20 minggu setelah mengaku bersalah mencabul kehormatan tiga kanak-kanak perempuan berusia antara 10 dengan 13 tahun.



Empat lagi tuduhan melibatkan mangsa lain dipertimbang semasa menjatuhkan hukuman, menurut The Straits Times.



Timbalan Pendakwa Raya Victoria Ting berkata Job pergi ke kompleks renang di Hougang Ave 4 itu sekitar 7 malam pada 12 September tahun lalu dan mula berenang di kolam dewasa.



Dia kemudian melihat sekumpulan kanak-kanak memasuki kolam renang dan berenang ke arah mereka.



Mahkamah diberitahu bahawa Job memutuskan untuk mencabul kanak-kanak perempuan itu dan mensasarkan seorang daripada mereka yang berusia 13 tahun pada 7.33 malam.



"Mangsa perhatikan tertuduh berenang dengan pantas di sebelah kanannya. Apabila tertuduh berenang di tepinya, dia sengaja memanjangkan tangannya dan memegang peha kanan mangsa," ujar DPP Ting.



Tujuh minit kemudian, Job mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak itu rasa "jijik dan marah".



Pada 7.45 malam pula, dia mencabul seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, yang memberitahu jurulatihnya.



Seorang wanita telah membuat laporan polis dalam talian pada sekitar 4 petang hari berikutnya.



Job ditangkap 11 hari kemudian, berikutan siasatan yang dijalankan.



Bagi setiap tuduhan mencabul kehormatan, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didendan atau disebat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >