Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara kerana tumbuk teman wanita hamil dan anak kecil

Mar 25, 2019 | 03:23 PM



SEORANG pekerja buruh menumbuk perut teman wanitanya yang hamil dengan bayinya tiga kali selepas bertengkar dengan anak perempuan wanita tersebut.



Selepas itu, lelaki berusia 37 tahun itu juga menumbuk muka anak perempuannya yang berusia tiga tahun dan menarik rambutnya semasa budak tiga tahun itu sedang berehat di katil.



Identiti lelaki itu tidak dapat didedahkan demi melindungi identiti mangsa.



Dia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan hari ini (25 Mac).



Pada 25 Februari lalu, dia telah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menyerang, satu tuduhan mengurung secara terlarang dan satu tuduhan mendera kanak-kanak.



Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga mangsa tidak mendapatkan rawatan perubatan selepas kejadian itu.



Dalam pada itu, lelaki tersebut juga bertengkar dengan teman wanitanya di rumahnya pada 12 Mac tahun lalu kerana dia mengesyaki wanita itu curang dengannya.



Dia kemudian berkata ingin memutuskan hubungan dengan wanita tersebut sebelum mengunci pagar rumah itu agar wanita itu tidak dapat keluar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >