Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara lima tahun kerana upah pembunuh bagi bunuh teman lelaki bekas kekasihnya

Sep 18, 2019 | 04:17 PM



SEORANG lelaki yang telah menempah pembunuh untuk membunuh teman lelaki bekas kekasihnya dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada hari Rabu (18 September).



Sebelum dia dijatuhi hukum, Hakim Daerah, Encik Shaifuddin Saruwan berkata, Allen Vincent Hui Kim Seng, 47 tahun, telah menunjukkan “kekejamannya” dalam kesalahannya itu.



Dia mengakui bersalah pada bulan Julai kerana bersubahat untuk membunuh Encik Tan Han Shen, 30 tahun melalui khidmat pembunuh yang didapati melalui sebuah laman.



Pada minggu lalu, peguam mewakili Hui Kim Seng, Encik Lee Teck meminta untuk mengurangkan tempoh penjara kepada dua setengah tahun, dengan menjelaskan bahawa khidmat pembunuh melalui laman gelap itu merupakan skim penipuan.



Tetapi, kenyataan beliau dibantah oleh Encik Shaifuddin pada hari Rabu kerana Hui benar-benar mempercayai bahawa dia telah mengupah seorang pembunuh berdasarkan bukti yang Hui telah membayar deposit bernilai $600 melalui bitcoin kepada laman gelap itu.



Menurut The Straits Times, pada 22 April 2016, Hui telah menjalinkan hubungan luar nikah bersama seorang wanita bernama Ng Woan Man, 30 tahun. Tidak lama kemudian, hubungan itu diputus kerana Hui tidak ingin berpisah dengan isterinya.



Dua bulan setelah perpisahan mereka, Cik Ng mempunyai hubungan baru dengan seorang lelaki bernama Encik Tan yang membuat Hui sangat marah.



Sebagai tindak balas, Hui telah menempah seorang pembunuh yang dibayar melalui satu laman sambil merancangkan cara yang teliti untuk membunuh Encik Tan, iaitu, dengan memotong tangan kanannya bagi menyamar ia merupakan satu kemalangan jalan raya yang membawa maut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >