Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara palsukan surat, tipu MSF untuk dapat geran

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang meletak jawatan Julai tahun lalu telah memalsukan surat yang mendakwa dia diberhentikan kerja untuk menipu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bagi mendapatkan Geran Bantuan Covid-19 (CSG).



Namun percubaan Benny Ong Hong Beng gagal kerana MSF dapat mengesan bahawa surat itu palsu.



Jika permohonan itu diluluskan Ong, 44 tahun, akan menerima $2,400 sepanjang tiga bulan.



Bekas pekerja syarikat Davis Guitar mengaku bersalah semalam kerana melakukan pemalsuan bagi tujuan menipu. Dia dipenjara 10 minggu.



Skim sokongan kewangan itu diumumkan pemerintah Mac tahun lalu sebagai sebahagian Belanjawan Berdaya Tahan untuk menangani kesan ekonomi dan sosial Covid-19. Ia ditadbir MSF.



Pemohon antara lain perlu mengalami pemberhentian kerja atau kontrak dihentikan selepas 23 Januari tahun lalu.



Pada 6 Julai tahun lalu, Ong meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan pekerjaannya.



Dia kemudian mendapat tahu mengenai skim CSG.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nicholas Lim berkata:



"Dia tahu dia tidak memenuhi kriteria kelayakan CSG kerana dia tidak diberhentikan atau hilang pendapatan akibat Covid-19. Sebaliknya, dia berhenti kerja secara sukarela.



"Dia juga tahu dokumen yang diperlukan adalah seperti surat pengangguran yang perlu dilampir bersama aplikasi skim CSG sebagai bukti hilang pekerjaan kerana Covid-19."



Ong kemudian membuat keputusan memalsukan surat pengangguran dengan kepala surat bekas syarikatnya.



Dia juga memasukkan nama bekas rakan kerja di bahagian bawah surat itu supaya kelihatan seperti rakannya yang menulis.



Pada 16 Julai tahun lalu Ong telah ke Pejabat Khidmat Sosial (SSO) Bukit Panjang untuk memohon skim CSG secara langsung dan menunjukkan kepada pegawai MSF surat palsu itu.



Pegawai itu mengambil gambar dokumen dan melampirkannya dengan permohonan Ong.



MSF kemudian menyedari bahawa surat tersebut adalah palsu.



Mereka memberitahu syarikat Davis Guitar dan bekas rakan kerja Ong telah membuat laporan polis pada 27 Julai tahun lalu.



Individu yang melakukan pemalsuan dengan tujuan menipu, boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >