Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Lelaki dipenjara selama setahun, diharamkan memandu selama 12 tahun kerana pandu bertentangan trafik di AYE

Nov 25, 2019 | 02:26 PM

PEMANDU Mercedes-Benz yang memandu bertentangan trafik di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada 2016 yang menyebabkan seorang terkorban dan empat tercedera, dijatuhkan hukuman penjara selama setahun hari ini (25 November).

Lim Chai Heng, 56 tahun, juga diharamkan daripada memandu selama 12 tahun.

Lim mengaku bersalah bulan lalu atas tuduhan menyebabkan kematian akibat kelakuan terburu-buru, yang membawa hukuman maksimum sepanjang lima tahun penjara dan denda.

Empat lagi tuduhan - tiga tuduhan kerana menyebabkan kesakitan teruk dan satu yang menyebabkan kesakitan - dipertimbangkan semasa perbicaraaan.

Pada mulanya, Lim didakwa menyebabkan kematian kerana memandu secara berbahaya. Dakwaan itu kemudian diubah menjadi pembunuhan secara beramai-ramai sebelum ia ditukarkan lagi kepada tuduhan yang baru ini.
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian