Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara setelah curi paip air di balai polis

Aug 16, 2019 | 09:08 AM



SEMASA berada di balai polis untuk membayar jaminan adiknya, seorang lelaki telah mencuri paip air dari tandas untuk digunakan di rumahnya. 



Semalam, Seah Kian Li, 50 tahun, dikenakan hukuman penjara  tiga bulan atas tuduhan vandalisme. 



Sekitar tengah malam pada 1 Mac, Seah menggunakan tanda yang terletak di tingkat tiga Divisyen Ibu Pejabat Polis Woodlands apabila dia mendapati paip air besen longgar. 



Dia mendapati paip air tersebut sesuai untuk besen di rumahnya, dan mengambil paip air tersebut. 



Paip air itu didapati hilang pada 28 Mac, hanya semasa seorang penyelia kebersihan sedang melakukan tugasnya. 



Pegawai logistik divisyen tersebut diberitahu, dan beliau telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan tersebut yang menunjukkan Seah yang sedang membuka skru paip air tersebut yang berharga sekitar $170. 



Difahami kamera CCTV tersebut terletak berhadapan dengan pintu masuk tandas lelaki dan pemandangannya hanya terhad kepada dua besen apabila pintu tandas dibuka. 



Perkara itu dilaporkan kepada polis dan rumah Seah diserbu pada 16 April di mana paip air tersebut didapati telah dipasang pada besen rumahnya. 



Paip air tersebut diambil dan beliau juga ditangkap. 



Semalam, Timbalan Pendakwa (DPP) Raya Foo Shi Hao memberitahu mahkamah bahawa Seah mempunyai rekod kesalahan dadah, mencuri, memandu dan juga hartanah sebelum ini sejak tahun 1996 hingga 2008.



Seah yang tidak diwakili peguam, memohon diberi kelonggaran dengan menyatakan beliau terpaksa menjaga adiknya yang menganggur dan mengalami masalah mental. 



Namun, DPP Foo berkata tiada apa yang luar biasa tentang keadaannya itu. 



Untuk kesalahan vandalisme, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau disaman sehingga $2,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >