Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara seumur hidup kerana bunuh, bakar mayat kekasihnya

Aug 19, 2019 | 02:52 PM



PENGURUS kedai dobi, Leslie Khoo Kwee Hock - yang mencekik kekasihnya sampai mati dan kemudian membakar mayatnya - dijatuhi hukuman penjara seumur hidup hari ini (19 Ogos).



Khoo, 51 tahun, didapati bersalah atas insiden membunuh Cik Cui Yajie, 31 tahun, pada 12 Julai 2016.



Khoo mengaku telah mencekik Cik Cui dalam kereta BMWnya dan kemudian membakar mayatnya di Lim Chu Kang Lorong 8 selama beberapa hari, sehingga tiada apa-apa yang tersisa kecuali rumpun rambut, kepingan kain yang terbakar sebahagiannya dan cangkuk coli.



Hakim Audrey Lim berkata Khoo, yang didesak oleh Cik Cui untuk membayar hutangnya kepada beliau sebanyak $ 20,000, ingin menyenyapkan Cik Cui sekaligus menghilangkan beban kewangan yang dihadapinya dan ancaman terhadap tempat kerjanya.



Namun Hakim berkata keterangan itu tidak menunjukkan bahawa Khoo telah merancang untuk membunuh Cik Cui.



Cik Cui, seorang warga China, adalah seorang jurutera kanan di sebuah syarikat semikonduktor.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >