Polis akan mendakwa seorang lelaki pada Sabtu (3 Julai), yang dipercayai meneriak kenyataan berbaur perkauman dan menyerang seorang mahasiswa di Taman East Coast pada pagi Jumaat.
Menurut kenyataan polis, warga Singapura berusia 33 tahun itu akan didakwa kerana menyebabkan gangguan awam, dengan “pandangan untuk mendapatkan arahan mahkamah untuk menahan reman lelaki itu bagi penilaian psikaitrik”.
Sekitar 1.50 pagi pada Jumaat, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu di Tempat Meletak Kereta F2, di Taman East Coast.
Polis berkata siasatan awal mendedahkan seorang lelaki melontarkan kenyataan perkauman terhadap dua kumpulan lelaki Cina dan menyerang salah seorang daripada mereka.
Setibanya pegawai di sana, suspek tidak lagi berada di tempat kejadian namun kemudian ditangkap atas kesalahan gangguan awam apabila identiti warga berbangsa India itu ditetapkan.
“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan tindakan yang menjejas keharmonian kaum di Singapura,” ujar kenyataan polis.