Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki disaman $6,000 kerana sebabkan kematian temanita

Dec 14, 2019 | 05:30 AM



SEORANG penunggang motosikal disaman $6,000 semalam selepas didapati bersalah kerana menyebabkan kematian teman wanitanya setahun lalu.



Danial Andika Mohman, 23 tahun dan Cik Nur Diana Lim, 20 tahun, telah merancang berkahwin selepas Encik Danial menamatkan Perkhidmatan Negara (NS).



Namun, dalam kejadian malang pada 12 Disember tahun lalu itu, Cik Diana terbunuh dalam satu kemalangan selepas dilanggar sebuah bas.



Danial disaman $6,000 semalam dan dilarang memegang sebarang lesen memandu kerana kecuaiannya menyebabkan kematian Cik Diana.



Mahkamah diberitahu bahawa pasangan itu sedang menunggang motosikal di Expreswe Rentas Pulau (PIE) sekitar 10 malam. Cik Diana merupakan pembonceng motosikal tersebut.



Dua kenderaan telah bertembung secara tiba-tiba dan lori di belakang kenderaan tersebut telah menekan brek untuk mengelakkan pertembungan.



Namun, Danial tidak sempat brek dan melanggar bahagian belakang lori tersebut.



Pasangan tersebut tercampak daripada motosikal mereka dan jatuh di jalan raya.



Bas yang berada kurang 10 meter di belakang mereka tidak sempat mengelak dan melanggar Cik Diana.



Beliau terpaksa ditarik dari bawah bas tersebut dan dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Cik Diana tiba di hospital pada 11.10 malam, namun meninggal dunia 15 minit kemudian akibat kecederaan yang teruk.



Danial telah mengakui di mahkamah bahawa dia gagal bersikap berhati-hati semasa menunggang pada malam itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >