Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki disaman $7,000 sewakan ladang Lim Chu Kang secara haram

Jan 30, 2020 | 09:52 AM



 



SEORANG lelaki yang memiliki lesen bagi ladang di Lim Chu Kang telah disaman $7,000 kerana melakukan aktiviti tanpa kebenaran di sana.



Seo Chau Hian, pemegang lesen Malaysian Feedmills Farms di Neo Tiew Lane 1, didapati telah menyewakan tempat dalam kawasan ladang secara haram antara 2017 dengan 2019.



Dia telah menyewakan tempat itu bagi penyimpanan bahan binaan seperti perancah dan tong sampah, kata Agensi Makanan Singapura (SFA).



Seo juga didapati bersalah kerana membenarkan syarikat lain menyimpan sisa kayu dalam premis ladangnya pada 2018.



Pada tahun yang sama, suatu kebakaran yang memakan 24 jam untuk dipadamkan berlaku di Malaysian Feedmills Farms, lapor The Straits Times.



Kebakaran itu melibatkan jumlah sisa kayu yang besar, merangkumi kawasan sebesar dua padang bola dan setinggi 15 meter, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ketika itu.



Sesiapa yang didapati bersalah melakukan aktiviti tidak dibenarkan di tanah agrikultur dan melanggar syarat pelesenan ladang SFA boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >