Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki disyaki hidap Covid-19 dipenjara kerana langgar perintah duduk di rumah untuk kirim makanan, kendali senjata

Jan 17, 2022 | 06:23 PM



SEORANG pengirim makanan Deliveroo melanggar perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selepas dia disyaki menghidap Covid-19 dan mengirim makanan menggunakan motosikalnya.



Warga Singapura yang mempunyai sejarah panjang kesalahan bersangkutan dadah juga dikaitkan dengan pemilikan bungkusan senjata haram termasuk pistol setrum, ‘knucklebuster’ (pelindung buku jari) yang digunakan bagi pertarungan tangan serta pedang.



Pada Isnin (17 Januari), Luqmanul Hakim Mohamed Taha, 32 tahun, dipenjara 12 bulan dan menerima enam sebatan rotan selepas dia didakwa dengan kesalahan  melanggar undang-undang Covid-19 dan mengendalikan senjata.



Lagi enam tuduhan bagi kesalahan yang sama dipertimbangkan sewaktu menghukumnya.



Mahkamah diberitahu pengirim makanan itu dikesan menghidap jangkitan bahagian atas saluran pernafasan pada 22 Mei 2020 selepas dia melaporkan dirinya demam dan batuk.



Luqmanul disyaki dijangkiti Covid-19 dan diarah untuk duduk di rumah selama lima hari, jelas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ang Siok Chen kepada mahkamah.



Dia meninggalkan klinik itu untuk mengeluarkan wang selepas ditunjukkan bil.  Namun, dia tidak kembali ke klinik berkenaan untuk mendapatkan ubat atau sijil perubatannya kerana dia tiada wang untuk melunaskannya, kata DPP Ang lagi.



Luqmanul juga didapati menempah senjata haram yang ditemui oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam lori di Pusat Pengangkutan Udara Changi pada 27 November 2020.



Bungkusan senjata itu datang dari China. Siasatan menunjukkan Luqmanul akan menghubungi seorang lelaki bernama Low Peng Chen menerusi Telegram apabila dia ingin menempah senjata sedemikian.



Dokumen mahkamah menunjukkan Low awal sebelum ini dipenjara 19 bulan dengan rotan enam kali serta denda $11,000 kerana mengendalikan senjata itu.



Luqmanul juga mengelak daripada menjalani pemeriksaan air kencing dengan meminta sepupunya mengirim sembilan surat cuti sakit palsu kepada hospital.



Dalam rayuannya, Luqmanul memberitahu hakim dia telah berubah sewaktu ditahan dan meminta hukumannya diringankan. Hakim Daerah Tan Jen Tse menetapkan hukuman penjaranya pada tarikh lebih awal sejak dalam tahanan.



Kerana memiliki senjata berbahaya, Luqmanul boleh menerima hukuman penjara maksimum tiga tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan rotan. Kerana kesalahan melanggar perintah duduk di rumah, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan penjara secara maksimum dan denda $10,000.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >