Lelaki ditahan berkaitan kes curi susu tepung

SEORANG lelaki berusia 34 tahun ditahan kerana disayki terlibat dalam siri kes curi susu tepung di pasar raya serata pulau, kata polis semalam.

Polis menerima laporan pada 6 Mac bahawa 24 tin susu tepung hilang daripada sebuah pasar raya di Turf Club Road.

Pegawai dari Divisyen Polis Tanglin menjalankan siasatan menyeluruh, berakhir dengan penangkapan suspek di Sixth Avenue pada hari Isnin.

Siasatan juga mendapati suspek mungkin terlibat dalam kes-kes curi susu tepung sebelum ini.

Kira-kira 200 tin susu tepung, dianggarkan bernilai lebih $10,000, dirampas dari kediaman suspek.

Sesiapa didapati bersalah atas kecurian di kediaman boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:22
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.