Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditahan di Ang Mo Kio lepas 13 jam bertegang dengan polis

Apr 01, 2016 | 02:39 PM



SEORANG lelaki yang mengurung dirinya dan ibunya dalam sebuah flat di Ang Mo Kio sejak Khamis (31 Mac) malam ditahan akhirnya selepas 13 jam bertegang dengan polis.



Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian di Blok 508, Ang Mo Kio Avenue 8 itu pada malam Khamis, apabila lelaki tersebut tidak membuka pintu bagi beberapa pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB).



Dipercayai bahawa lelaki itu mengancam akan membunuh diri dan ibunya.



Unit elit polis, Star dan Perintah Operasi Khas, kemudian diaktifkan. Para pegawai berjaya memecah masuk ke dalam flat tingkat lapan itu pada kira-kira 10 pagi Jumaat (1 April).



Beberapa penduduk di tingkat bawah dan atas flat tersebut diminta meninggalkan rumah mereka sementara.



Seorang pesara yang tinggal di sebelah flat itu, Encik Wee Lai Huat, 70 tahun, memberitahu media lelaki tersebut dan ibunya telah tinggal di situ kira-kira lapan tahun.



"Mereka bergaduh besar tahun lepas," katanya.



Dipercayai sekurang-kurangnya tiga pisau diambil dari flat itu.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 9.05 malam Khamis. Mereka meletak pek udara keselamatan di kaki blok dan jaring penyelamat di bahagian depan dan belakang blok itu sebagai langkah berjaga-jaga.



Seorang jurucakap berkata tiada siapa memerlukan bantuan perubatan dalam kejadian tersebut.



Wanita tua yang ditahan lelaki itu kini lega, kata seorang saudara-mara yang tidak mahu dikenali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >