SEORANG lelaki berusia 21 tahun ditahan selepas seorang wanita melihat dia membuat rakaman ketika beliau menggunakan bilik mandi di tingkat empat kampus Institut Pengurusan Singapura (SIM) pada pagi Sabtu (21 Julai).
Dalam satu pos di Facebook, pelajar SIM Liyin Lee menulis bahawa beliau melihat sebuah telefon dipegang di atas kubikel yang digunakannya.
Cik Lee kemudian keluar dari kubikel itu dan menunggu di luar tandas tersebut dengan seorang kawan yang dimintanya datang.
Apabila lelaki itu akhirnya muncul, Cik Lee dan rakannya bertanya mengapa dia berada dalam tandas wanita. Cik Lee berkata lelaki itu mendakwa memasukinya secara tidak sengaja kerana perutnya sakit.
Cik Lee juga menulis bahawa lelaki itu mendakwa mempunyai kelas di tingkat dua, meskipun tandas yang dimasukkinya ialah di tingkat keempat.
Polis berkata mereka menahan lelaki tersebut setelah diberitahu tentang kemungkinan berlaku kes cabul kehormatan seorang wanita di SIM pada kira-kira 10.58 pagi.
Siasatan polis masih dijalankan.