Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditahan selepas kereta rempuh pintu pagar libatkan penunggang PMD

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan selepas kereta Mercedes-Benz yang dipandunya didakwa merempuh pintu pagar pusat sokongan teknikal Victory Family Centre di Toa Payoh.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kes perbuatan terburu-buru membabitkan pemandu dan penunggang alat mobiliti peribadi (PMD) di sekitar Lorong 4 Toa Payoh.



Pemandu itu ditahan berhubung kes itu, kata polis, sambil menambah tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan.



Menurut Shin Min Daily News, seorang saksi yang mengenalkan dirinya sebagai Cik Huang, 70, berkata beliau melihat kereta itu melanggar pintu pagar selepas pemandunya bertengkar dengan penunggang PMD.



Kereta itu menuju ke barat di Toa Payoh East apabila pemandunya berselisih faham dengan penunggang PMD, hanya dikenali sebagai Encik Harun oleh Shin Min, di persimpangan pejalan kaki kira-kira 25m dari pintu masuk Victory Family Centre .



Encik Harun, yang berusia dalam lingkungan 20-an, memberitahu Shin Min beliau sedang bergegas mengambil pesanan daripada restoran berhampiran pada masa itu.



Selepas beliau melintasi persimpangan, pertengkaran berlaku antaranya dan pemandu berkenaan.



Beliau berkata: "Saya sepatutnya mempunyai keutamaan di lintasan zebra, dia cuba memandu di hadapan saya. Saya sangat marah jadi saya menyoal pemandu itu."



Mereka bertemu sekali lagi di hadapan pusat sokongan teknikal itu apabila Encik Harun melintasi kereta Mercedes yang ketika itu sedang membelok masuk. Ketika itulah kereta itu dikatakan meluru ke arah Encik Harun.



"Saya tidak sangka kereta itu tiba-tiba meluru ke hadapan ke arah saya ketika melalui pintu masuk bangunan itu, tetapi saya sempat mengelaknya sebelum dia melanggar pintu pagar dan merempuhnya," kata Encik Harun.



Tambahnya, Mercedes itu kemudian berundur dan melanggar PMDnya.



"Memandangkan saya tidak terjejas teruk, saya tidak mahu buat sebarang tindakan lanjut. Semuanya akan diserahkan kepada polis," katanya.



Insiden itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pemandu Bentley berusia 61 tahun ditahan kerana menggunakan keretanya untuk menolak seorang pengawal keselamatan yang menghalangnya daripada memasuki Sekolah Red Swastika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >