Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap berhubung kes curi telefon bimbit

Jul 16, 2018 | 05:23 PM



SEORANG lelaki berusia 23 tahun ditangkap berhubung satu kes kecurian di sebuah kedai telefon bimbit di Yishun Jumaat lalu.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa lelaki itu ditangkap pada keesokan harinya.



Pengurus kedai Encik Andrew Goh, 36 tahun, memberitahu akhbar itu bahawa kejadian tersebut berlaku di kedai telefon bimbit SK Telecom di Blok 101 Yishun Avenue 5 sekitar 9 malam.



Sebuah video mengenai kejadian tersebut menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi dan kemeja-T berwarna gelap berjalan masuk ke kedai itu dan mengambil sebuah telefon dari kaunter yang tidak dijaga sebelum beredar.



Kejadian itu tidak disedari lima orang yang berada di kedai tersebut, termasuk dua kakitangan dan tiga pelanggan.



Encik Goh berkata beliau dan rakannya sedang melayan pelanggan ketika kejadian itu berlaku dan hanya menyedari telefon tersebut hilang apabila diberitahu pelanggan mereka.



“Dua lelaki sedang dalam proses membeli telefon itu, dan apabila kami berpaling, mereka menyedari telefon tersebut telah hilang,” kata Encik Goh.



“Saya menyedari ia diambil seseorang apabila saya memeriksa rakaman CCTV.”



Menurut Encik Goh, telefon yang diambil adalah jenis iPhone 6s bernilai kira-kira $400.



“Saya telah bekerja di sini selama empat tahun dan ini kali pertama sesuatu barang dicuri,” ujar beliau.



Polis sedang menyiasat.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >