Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap berkaitan kematian wanita di flat Circuit Road

Apr 06, 2016 | 11:57 AM



POLIS telah menangkap seorang lelaki berkaitan kematian seorang wanita berusia 28 tahun di sebuah flat di Blok 70, Circuit Road, bulan lalu.



Dalam satu kenyataan pada Rabu (6 April), polis berkata suspek berumur 47 tahun itu ditangkap oleh polis Malaysia di Malaysia pada Isnin lalu, dan diserahkan kepada polis Singapura pada petang Selasa.



"Dengan kerjasama kuat dan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia, suspek ditahan di Malaysia pada 4 April, mengikut satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Negeri di Singapura," kata kenyataan itu.



Suspek difahamkan warga Malaysia.



Pada 23 Mac, mangsa ditemui terbaring kaku dalam sebuah bilik tidur sewa oleh pemilik flat tingkat tiga itu, yang datang untuk memeriksa kerana penyewanya telah berkata dia akan ke luar negara untuk perniagaan.



Jika didapati bersalah membunuh, suspek menghadapi hukuman mati.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Singapura, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DSP) (Siasatan & Risikan) Tan Chye Hee, berkata dalam satu kenyataan: "Sekali lagi, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Polis Diraja Malaysia atas sokongan padu dan tidak berbelah bagi mereka bagi kes ini, yang menghasilkan penangkapan suspek pembunuhan itu di Malaysia."



DSP Tan menambah: "Pasukan Polis Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan penguatkuasaan undang-undang asing kami, dan memastikan penjenayah yang melakukan jenayah di Singapura dan melarikan diri meninggalkan sempadan kami selepas itu akan dibawa ke muka pengadilan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >