Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap dalam kes tipu jual motosikal di Carousell

Dec 19, 2020 | 12:58 PM



POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes penipuan e-dagang.



Dalam kenyataan pada Sabtu (19 Disember), jurucakap polis mendedahkan bahawa mangsa kes penipuan itu telah membuat laporan polis dengan menyatakan beliau ditipu seorang penjual dalam talian yang mengiklankan motosikal bernilai $5,600 di aplikasi jual beli Carousell.



Selepas si mangsa membayar wang pendahuluan sebanyak $700 menerusi PayNow, penjual tersebut tidak mengotakan janjinya untuk menghantar motosikal tersebut kepada mangsa.



Hasil siasatan polis daripada Divisyen Polis Bedok, identiti penjual berkenaan sudah dikenal pasti. Dia diberkas pada 18 Disember. Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki berkenaan memang berniat memperdaya mangsa agar membuat bayaran pendahuluan tanpa ingin menghantar motosikal itu.



Kesalahan menipu ini boleh membawa pada hukuman penjara yang mungkin dilanjutkan hingga 10 tahun dan denda.



Polis, dalam kenyataannya juga, menasihati orang awam agar berhati-hati apabila membeli barangan dalam talian.



Antara perkara yang mereka harus perhatikan adalah jika harga rendahnya terlalu sukar dipercayai. Maka, belilah daripada penjual atau sumber yang diiktiraf dan boleh dipercayai, khususnya dalam hal barangan bernilai tinggi.



Pengguna juga harus melindungi diri mereka dengan membuat pilihan membayar keseluruhan bayaran produk itu selepas barangan dikirimkan. Elakkan daripada membuat bayaran lebih awal atau memindahkan wang langsung ke bank penjual kerana kaedah ini tidak menawarkan sebarang pelindungan buat pengguna.



Penipu, jelas polis, mungkin akan cuba menarik perhatian pembeli agar menghubungi mereka langsung menerusi wadah kiriman pesanan seperti WhatsApp atau WeChat dengan menyatakan kaedah ini menawarkan urus niaga lebih cepat atau lebih baik. Pelanggan kemudian diminta memindahkan wang langsung kepada penjual.



Penjual ini, tambah polis, mungkin menggunakan akaun bank tempatan atau menyediakan salinan kad pengenalan atau lesen memandu agar anda percaya mereka adalah penjual yang sahih. Usah mudah terpedaya.



Bagi keterangan lanjut mengenai penipuan, orang awam boleh melungsuri laman scamalert.sg atau hubungi talian Hotline Anti-Penipuan di  1800-722-6688.



Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kes penipuan boleh menghubungi talian hotline polis 1800-255 0000 atau kirimkan maklumat dalam talian di laman www.police.gov.sg/iwitness



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >