SEORANG lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana menyiarkan ancaman dalam media sosial akan mengebom Dewan Bandaraya.
Polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (21 Jan) bahawa satu laporan dibuat pada 14 Januari sekitar 12.36 mengenai satu pos dalam talian.
Pegawai daripada Polis Divisyen Bedok segera memulakan siasatan untuk menentukan identiti pengirim pos tersebut.
Lelaki itu ditangkap sejurus selepas laporan tersebut dibuat.
Dipercayai bahawa suspek memuat naik pos itu sebagai satu ancaman palasu, siasatan sedang dijalankan.
Polis menyatakan ia memandang serius terhadap perbutan tidak bertanggungjawab itu, yang mewujudkan kebimbangan awam.
Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Melanggar Larangan Terhadap Ancaman Pengganasan Palsu boleh dikenakan denda maksimum $100,000 dan/atau penjara hingga lima tahun.