Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Lelaki ditangkap dek sembunyi rokok dalam roti

Dec 11, 2019 | 05:43 PM

SEPANDAI-PANDAI penyeludup sembunyikan rokok, akhirnya tertangkap di pusat pemeriksaan jua.

Ahad lalu, seorang lelaki ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands setelah cuba menyeludup rokok haram yang disembunyikannya dalam beberapa paket roti.

32 kotak rokok haram ditemui pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Lelaki tersebut, warga Malaysia berusia 52 tahun, telah dirujuk kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut, lapor The Straits Times.

Dalam satu pos di Facebook, ICA berkata para pegawainya mendapati lelaki itu, yang membawa empat bungkus roti, berkelakuan mencurigakan tatkala tiba di dewan ketibaan bas pusat pemeriksaan itu.

Dia diperiksa dan ternyata kotak-kotak rokok haram didapati telah disembunyikan di kalangan kepingan roti itu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian