PEGAWAI Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui empat anak kucing yang cuba diseludup di Pusat Pemeriksaan Tuas Rabu lalu.
Menerusi laman Facebook mereka hari ini (5 Januari), ICA berkata anak kucing itu disembunyi dalam seluar seorang lelaki warga Singapura berusia 45 tahun yang menaiki sebuah kereta yang berdaftar di Singapura.
“Pegawai (ICA) menjalankan pemeriksaan lanjut apabila mereka mendengar bunyi 'meow' dari seluarnya yang membonjol.
“Kes ini telah dirujuk kepada Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) bagi disiasat. Anak kucing itu kini dikuarantin dan di bawah jagaan AVA,” kata ICA.
Mereka yang didapati bersalah membawa masuk haiwan atau burung hidup ke Singapura tanpa lesen boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.